
Sulit
4 tahun
Tekanan Emosi yang semakin menguasai diri
Saya wanita 21 tahun. Saya mengalami masalah sejak setahun lalu. Sejak setahun yang lalu, saya menghadapi tekanan emosi yang kerap. Saya suka marah, suka sendirian, suka bersedih sendirian (terkurung dalam satu tempat), hilang kawalan hingga pukul diri sendiri. Rasa macam tak ada harapan nak hidup, pernah terfikir nak bunuh diri. Saya susah nak terima sesuatu benda yang saya tak suka dan hilang kawalan. Kerap bersedih, cemas, risau yang melampau. Dan kadang-kadang duduk seorang tiba-tiba teringat benda kelakar terus terseyum dan boleh sampai ketawa. Adakah saya menghadapi masalah mental?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, serong rasa sedih dan bersendirian merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan mental organik
- dll.
Yang jelas, teringat akan sesuatu perkara yang melucukan sehinga anda tertawa merupakan seusatu yang normal, malah ia menunjukkan bahawa anda masih boleh berusaha dalam menjauhi sifat dan gangguan kemurungan yang dialami secara umum.
Justeru, buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.