
Sulit
3 tahun
Tekanan perasaan yang dihadapi sejak kecil
Saya seorang pelajar degree. Saya menghadapi tekanan sangat sangat dengan keluarga saya . Mcm mereka kata dekat saya. Bila mereka perlu mereka cari bila saya nak mintak tolong diorang tak peduli. Saya sangat stress tambahan pula sekarang kelas online . Kadang2 saya fikir untuk membunuh diri, saya nak cederakan diri saya tapi saya tak mampu. Mereka juga pernah melakukan perkara yang hampir membunuh saya . Ia membuatkan saya trauma tetapi tidak ada yang tahu tentang perasaan saya . Mereka juga pernah menghalau saya dari rumah tetapi saya tiada duit nak keluar dari rumah jadi selama 20 tahun saya diseksa dihina di pukul. Ya sejak dari kecil saya menderita, saya boleh ungkapkan satu persatu kejadian yang menimpa saya . Saya berasa sangat sangat tekanan. Sekarang saya memikirkan untuk keluar dari rumah itu atau bunuh diri sahaja agar semuanya selesai . Tolong saya untuk pulihkan keadaan dan ketenangan diri saya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Ada bertanyakan tentang bagaimana untuk mengatasi tekanan yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perasaan dan tekanan yang anda alami sehingga ingin mencederakan diri atau membunuh diri adalah sesuatu yang tidak normal dan perlu dibantu. Dalam situasi anda di mana terdapat individu yang mencederakan atau menekan anda, anda disarankan untuk keluar dari bahaya ini dan menyelamatkan diri. Untuk pertolongan anda boleh hubungi
Talian Kasih hotline at 15999 / WhatsApp 019-2615999.
atau
Talian Befrienders di 03-76272929
Anda juga boleh ke mana-mana fasiliti berdekatan seperti balai polis atau hospital untuk meminta bantuan dan melaporkan keadaan anda.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.