
nasyifanur10
2 tahun
Tekanan sebelah kiri kepala
Saya wanita 40 an. Sejak 2 tahun tidak boleh mengiring ke kiri atau akan berasa tegang dan padat pada bhgian kepala sebelah kiri. Seolah2 satu tekanan. Tetapi kebelakangan ini, jika melentokkn kepala ke arah kiri melebihi 5 minit pun akan merasai gejala yg sama. Apakah puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan dalaman - jika pernah terhantuk kepala, mempunyai tekanan darah tinggi atau jangkitan kuman dalam kepala
- Masalah arteri (saluran darah) karotid (di leher) - seperti aneurisma atau “dissection” (koyakan)
- Migrain
- Tortikollis - sakit leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.