
Sulit
5 tahun
Telah lulus Saringan
Saya wanita berumur 46thn, mengandung 19minggu. Baru balik dari jepun pada 24/2/2020. Telah menjalani saringan dan warded di HKL pada 29/2/2020 (discharge 5/3/2020). Kedua keputusan swab / blood test negative. Selepas itu kuarantin d rumah dari 6-14/3/2020 atas arahan pihak hospital. pada 12 & 13 mengalami sakit dada tapi sekejap sahaja dan flu serta mild cough start 13/3/2020 hingga hari ini. Soalan saya, perlu kah saya pergi untuk membuat pemeriksaan ulangan di tmpt saringan covid semula or ini ada cuma normal flu / cough? Mohon nasihat Doctor. TQ

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda hamil dan mengalami gejala seperti selesema dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan virus biasa
- Alahan
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Sila hubungi doktor KKM dan bercakap terus dengan doktor dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini