
Sulit
4 tahun
Telan ubat tahan sakit melebihi had
Saya wanita umur 18an saya stress dan mengambil ubat melebihi had yg ditentu kan apakah kesan sampingan yg berlaku… Saya mengambil semalam 15 tablet dan pagi tadi saya mengambil 14 tablet … Bagaimanakah cara mengatasi ubat tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mengambil segala jenis ubat melebihi dos yang ditetapkan boleh memudaratkan kesihatan diri dan sangat bahaya. Anda dinasihatkan untuk berhenti melakukan perkara ini dan dapatkan bantuan doktor untuk pemeriksaan agar tiada kesan buruk berlaku.
Berkaitan dengan stress, disarankan anda dapatkan khidmat kaunseling agar tekanan dapat dikawal dan tidak memburukkan lagi keadaan.
Kesulitan anda akan dijaga di hospital dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sebelum anda mencederakan diri sendiri. Jika anda berasa gelisah untuk dalam klinik, anda boleh cuba klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat di mana-mana tempat yang anda rasa selesa. Privasi anda akan dijaga dengan teliti.