
ziana211
5 tahun
Telapak kaki anak sejuk
Asalamualaikum doktor…anak saya berusia 8tahun lelaki sering mengalami masalah telapak kaki sejuk biar pun ketika cuaca panas seperti tengahari.Keadaan ini menyebabkan beliau berasa tidak selesa.selain itu ada kalanya beliau mengadu berasa sakit kepala.
Sejarah perubatan beliau masa berumur lebih kurang 1tahun lebih pada tahun 2013 pernah mengalami masalah darah rendah dan ada ubat diberi ubat pada ketika itu.Dan telah di discahrge dari berjumpa pakar Padeatrik dalam tahun 2015.
Apakah tindakan yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- sel darah merah yang rendah
- masalah salur darah seperi Buerger’s disease
- sindrom raynaud
- kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.