shakinah.mahmod7
3 tahun
Telapak tangan sentiasa kebas dan telapak kaki
Saya seorang wanita berusia 23 tahun…saya sering mengalami kejang ditelapak tangan atau kaki apakah sebab ia berlaku?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kekejangan tapak tangan dan kaki boleh disebabkan:
- Kurang nutrien seperti vitamin B6, B12, potassium atau kalsium
- Kurang aliran darah - kerana penyakit arteri periferi, kencing manis atau radang saluran darah
- Posisi badan tidak kondusif seperti pemakaian kasut tumit tinggi dan bekerja depan komputer
- Anemia - kurang sel darah merah
- Masalah tekanan darah - seperti tekanan darah rendah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.