Sulit
4 tahun
Telinga Anak umur 3 tahun Tersumbat
Selamat tngahari… Anak saya berumur 3 tahun… Saya perasaan telinga anak sebelah kanan penuh dengan tahi telinga dan seperti nya ia sudah tersumbat… say ingin bertanya dengan doktor apakah langkah yg perlu saya ambil? Perlu kah bawa jumpa doktor? Terima kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri terhadap telinga anak anda kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Anda boleh membawa anak anda berjumpa dengan doktor terdekat bagi pemeriksaan pendengaran serta pembersihan telinga yang lebih selamat jika diperlukan. Sekian