
Anonymous
5 tahun
Telinga bahagian dalam rasa sakit
Saya lelaki berusia 36 tahun mengalami masalah sakit di bahagian dalam telinga, sepertinya gegendang telinga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit telinga, antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang atau kecederaan di dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Cyst
- Abses atau nanah
- Jangkitan atau radang pada saluran pernafasan dan tekak juga boleh menyebabkan sakit telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.