
Sulit
4 tahun
Telinga bengkak dan bernanah
Saya ada pergi doktor. Doktor kata telinga sy ada nanag sedikit fbengkak
Dan nanag sedikit.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah pada telinga, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit telinga antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
- Masalah saraf
- Ketumbuhan pada bagaian saraf atau di dalam telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan telinga dan ujian lain juga adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.