
Sulit
4 tahun
Telinga berbunyi seperti buih
Saya berumur 15 tahun… Sejak pagi tadi telinga saya berbunyi seperti buih… Rasa x selesa sangat… Boleh doktor terangkan kenapa??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Masalah telinga berbunyi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Pernah terdedah pada bunyi yang kuat
- Perubahan pada tulang telinga (otosclerosis)
- Kecederaan pada bahagian kepala
- Masalah pada sendi temporomndibular
- Tekanan darah tinggi
- Ubat seperti antibiotik
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.