Sulit
3 tahun
Telinga berbunyi seperti ketukan
Sy wanita berumur 46 tahun. Tetiba telinga sy sebelah kanan berbunyi seperti ketukan yg bertalu2. pertama kali berlaku. bila sentuh kawsan yg berhampiran telinga juga akan membuatkan ketukan akan berbunyi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu telinga berbunyi seperti ketukan/berdesing. Untuk makluman anda, masalah telinga berdesing boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.