Sulit
3 tahun
Telinga berdegung bila tekan leher kiri
saya berusia 26tahun. ada masalah telinga kiri saya berdengung tiap kali saya tekan2 leher saya disebelah kiri.bila sy tekan leher sy di sebelah kanan,telinga saya tiada masalah berdengung.nk tahu apa punca nk cara rawat. buat masa skrg telinga saya tiada radang atau rasa sakit/bingit
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu telinga berdegung apabilla leher di bahagian kiri ditekan. Untuk makluman pihak anda, telinga berdengung yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah jangkitan kuman dalam telinga
- Masalah pada saraf di bahagian telinga
- Masalah luka fizikal dalam telinga
- Masalah cairan telinga yang telah mampat
Kami memerlukan beberapa maklumat tambahan berkenaan leher anda dan tahap dengung yang anda alami supaya kami dapat merumuskan apa yang sebenarnya berlaku.
Masalah telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.