Anonymous
4 tahun
Telinga berdengung atau berdesing
Hi doktor… Baru baru ni telinga sy tiba2 terasa panas dan ada bunyi pop… Keesokkannya telinga sy terus tersumbat sehingga ke hari ini… Sy sdh ke klinik yg berdekatan tetapi tiada apa2 yg teruk… Cuma terdapat kemerahan shj… Sy diberi ubat titis dan antibiotik… Kdaan sy masih sama… Telinga masih berdesing dan sy kurang dengar… Adakah dsebabkn oleh masalah sinus? Tolong sy doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit telinga dan berdesing boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam telinga - “otitis media”
- Penggunaan kapas telinga sehinggakan koyak gegendang telinga
- Kemasukan serangga
- Nanah dari jangkitan kuman
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone
Oleh sebab anda sudah menerima ubat-ubatan dari klinik, anda perlu memberikan masa kerana jika terdapat jangkitan kuman, antibiotik dan ubat titis memerlukan masa untuk bertindak serta bagi memulihkan gegendang telinga yang koyak. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.