Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Telinga berdengung semakin kuat

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 2:47 AM
Sulit 24 hari

Hello doktor… Saya wanita berusia 27 tahun… 3 minggu yg lalu, badan saya tumbuh bintik-bintik merah dan sakit kepala yang keterlaluan… Saya ada pergi ke klinik kerana menyangka saya terkena denggi… Doktor ada ambik ujian darah, dan keputusannya terdapat bakteria dalam darah saya… Lalu doktor memberi antibiotik amoxicillin dan beberapa ubatan lain, sperti paracitamol dan juga ubat batuk… Selepas 3 dos antibiotik, badan saya tumbuh semakin banyak bintik merah dan gatal yang keterlaluan… Saya ambik dos yang ke 4, malam itu saya tidak boleh tidur kerana terlalu gatal dan keesoknya saya pergi semula ke klinik dan doktor memberi tahu saya alahan pada antibiotik itu… Lalu doktor memberi ubat prednisolone dan menyuruh saya menghabiskannya… Saya habiskan ubat… Tapi masalah sekarang yang timbul adalah telinga saya berdengung, sehingga menggangu tidur dan ritun harian saya… Saya pergi lagi ke klinik, dan doktor memberi tahu ini kerana tonsil saya mula membengkak dan menjadi kissy tonsil… Dia ada memberi saya surat rujukan ke pakar ENT hospital, tapi tarikh temu janji adalah 26/7… Doktor juga ada memberi antibiotik jenis yg lain, dan menyuruh saya menghabiskan nya… Saya sudah menghabiskannya semua antibiotik… Tapi sekarang, telinga saya semakin berdengung… Adakah saya perlu pergi membuat MRI?? Adakah telinga berdengung kerana kesan alahan antibiotik tersebut??Hal ini sangat menggangu rutin harian saya… Terima kasih doktor…

Dr Sashini Seeni 24 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, telinga berdengung yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Penggunaan corticosteroid seperti ubat prednisolone anda dan juga beberapa jenis antibiotik-kesannya akan hilang setelah beberapa hari
  • Masalah jangkitan kuman dalam telinga yang
  • Masalah pada saraf
  • Masalah luka fizikal dalam telinga
  • Masalah cairan telinga yang telah mampat

MRI merupakan kaedah imbasan yang sangat mahal dan memerlukan sebab yang kukuh untuk menjalaninya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

blocked-ear-wax-tahi-telinga-tersumbat

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 02:47:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah ENT dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >