
Sulit
4 tahun
Telinga berdengung seperti ada angin
hi saya wanita berumur 20 . saya mengalami telinga yang berdengung seakan ada air di dalamnya tetapi bila saya guna cotton bud tiada apa yang keluar . pada mulanya saya demam panas dan sakit kepala di bahagian belakang kepala dan bunyi ini berlaku ketika saya sakit kepala dan sudah berlanjutan selama seminggu dan saya juga sudah sembuh dari demam . harap dapat membantu saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah telinga berdengung dipanggil tinnitus. Ia merupakan satu simptom dan bukanlah penyakit. Simptom tinnitus ini menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah seperti:
- Hilang pendengaran
- Terdedah dengan bunyi bising yang terlalu kuat
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
- Masalah lain seperti ketumbuhan atau jangkitan di dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.