
Raihani.irdina
6 tahun
Telinga berdenyut secara tiba tiba
Saya berumur Dalam lingkungan remaja iaitu sekitar 17 hingga 21 tahun. Saya rasa telinga saya berdenyut denyut secara tiba tiba pada waktu malam. Ini menyebabkan saya tidak tidur kerana tidak selesa. Saya cuba mengorek telinga menggunakan cotton bud supaya rasa lega tetapi tidak. Apakah yang perlu saya buat sekarang ini supaya ia tidak menjadi lebih teruk Dan saya dapat tidur dengan tenang Dan selesa. Minta penjelasan ye. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, perbuatan mengorek telinga dengan putik kapas adalah tidak digalakkan kerana boleh memburukkan keadaan telinga anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anda ini ke klinik agar pemeriksaan telinga dapat dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Konsultasi dan ubatan anda adalah percuma sekiranya anda merupakan ahli Peduli Sihat.Terima kasih.