shakinah.mahmod7
3 tahun
Telinga berdenyut2 rasa pening2
Saya wanita berumur 25 tahun mengalami sakit telinga yang berdenyut serta pening dan juga tekak yang sakit apakah faktornya dan cara untuk diambil agar beransur pulih cepat agar tidak menganggu aktiviti harian saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, telinga berdenyut-denyut boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
- Jangkitan dalam telinga (otitis media) akibat kuman dalam tekak yang memasuki telinga
- Gegendang telinga pecah - atas faktor keradangan, jangkitan kuman, cecair atau perubahan tekanan
- Kesan bengkak telinga surut - kerana saraf telinga dan tekak berinteraksi satu sama lain, maka secara amnya, kesakitan atau perubahan pada struktur dalaman tekak seperti tonsil boleh menyebabkan kesakitan/ketidak-selesaan dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.