
Anonymous
5 tahun
Telinga berdesing/berdengung
Saya seorang wanita berumur 30an. Sejak tahun lepas saya mengalami bunyi berdengung macam bunyi degupan jantung dalam telinga tanpa henti hingga sekarang. Pada masa tu ia mula berlaku saya mengandung masuk fasa trimester ke 3 dan bunyi degupan jantung tu berlarutan sehingga sekarang. Ianya sangat tidak selesa kerana bising. Apakah punca telinga saya menjadi seperti itu dan apakah cara mengatasinya? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca telinga berdesing:
Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
Masalah pada tulang telinga
Oleh sebab anda sedang mangandung adalah amat dinasihatkan untuk anda merujuk hal ini dengan doktor agar rawatan yang sewajar dapat diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.