Sulit
3 tahun
Telinga berdesing dan kurang dengar
Saya berumur 24 tahun. Saya mengalami masalah kurang pendengaran di telinga kanan dan berdesing. Saya perasan telinga saya berdesing masa tingkatan 1. Saya ingatkan ianya perkara biasa yg semua orang juga alami. Ada saya tanya rakan saya dan dia kata telinganya tidak pernah berdesing. Tahun 2016 tiba2 telinga saya sebelah kanan kurang dengar. Dan desingan jadi kuat. Kadang berdengung. Kalau mandi basuh rambut, kepala saya kerap sakit berdekatan dgn telinga. Ada check di klinik, doktor kata bnyak ear wax wlwpun saya dah bersihkan telinga. Sekarang makin kuat berdesing dan susah nak fokus.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami faham tentang masalah anda dan berasa simpati terhadap anda.
Terdapat beberapa punca telinga berdesing:
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Encik boleh cuba ubat ubaan seperti Cinnarizin, tetapi ia memerlukan pemeriksaan dan peskripsi doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah kurang pendengaran sejak tingkatan 1 yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.