Sulit
2 tahun
Telinga berdesing dan pening kepala
Sy mngalami telinga berdesing dan pening kepala sdh lbh sbulan.berdesing sperti dengupan jntung kadang2. Yg sy tahu kalau ade dngupan jntung ada tanda kita ad masalah ksihatan yg serius. Bleh sy thu mslh ksiahatan apa? Dan apa mslh pning sy skrg doctor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah telinga berdesing dan pening kepala. Saya akan menjelaskan sebaik mungkin tentang situasi anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh mengakibatkan simptom telinga berdesing dan pening kepala, antaranya:
- Hipertensi
- Migrain
- Tanda awal stroke
- Kecederaan di kepala
- Stress
- Tumor
Sekiranya keadaan ini berterusan dan menggangu aktiviti harian, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya , dengan bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala