
Sulit
4 tahun
Telinga berdesing dan seakan tersumbat
Assalam sy nk tanya sy pernah sakit telinga sebelum ni lepas sy sakit telinga pendengaran sy terganggu dah hampir 4 bln blh ke lendengaran sy pulih semul

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami berasa simpati terhadap masalah yang anda hadapi iaitu pendengaran terganggu selepas sakit telinga.
Terdapat beberapa punca telinga berdesing:
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Encik boleh cuba ubat ubaan seperti Cinnarizin, tetapi ia memerlukan pemeriksaan dan peskripsi doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah kurang pendengaran sejak tingkatan 1 yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.