Sulit
4 tahun
Telinga berdesing sebelah kanan
saya ad mslh pendengaran telinga sejak akhir2 nii… Pendengaran Saya Tergangu …apa bila saYa bcakap dgn org… Saya rasa telinga Saja Ada suara kecil di dlam… n saya mudah sakit kepala…
bila saya jumpa doc… doc kata telinga Bengkak …n lps tu saya makan. rasanya xda perubahan… Apa saya nk buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan telinga
- ketumbuhan pada telinga
- strok
kebiasaannya, jangkitan telinga mengambil masa untuk sembuh. Ia bergantung pada individu. Namun, jika masalah ini berterusan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.