Anonymous
3 tahun
Telinga berdesing sudah 2 tahun berserta jalan tidak seimbang
Selamat petang, saya lelaki berumur 32 tahun ingin bertanya, 2 tahun lepas saya mengalami masalah seperti hendak pitam dan nak jatuh. Setelah itu masalah telinga berdesing dan jalan tidak seimbang serta kepala terasa pening juga datang dan tidak kunjung sembuh sehingga sekarang. Saya telah pergi ke hospital dan dirujuk ke ENT. Doktor pada mulanya mengesyaki saya mungkin menghidapi neuroma akustik. Namun setelah saya melakukan MRI WITH CONTRAST semuanya baik-baik sahaja. Saya hanya makan ubat saraf mecobalamin dan juga ubat pening betanor. Namun demikian rasa jalan tidak seimbang, telinga berdesing dan juga kepala pening tidak selesa masih membelengu saya. Saya buntu dengan keadaan saya. Bolehkah doktor jelaskan gejala yang saya hidapi ini berpunca dari apa? Terima kasih doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih