
Sulit
4 tahun
Telinga bergema apabila gerakkan kepala
Selepas saya mandi tadi, tetiba telinga saya bergema atau berdesing apabila saya mengerakkan kepala saya, mengetuk kepala, menghentakkan kaki, atau bermain tekak saya. Tiba2 sahaja terjadi dan tidak berhenti sehingga sekarang. Mintak bantuan dr utk masalah saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga bergema yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit Meniere - disebabkan anda responsif terhadap ubat Betaserc yang diberikan, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut dan rawatan susulan
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Vertigo posisi
- Kekurangan nutrisi seperti thiamine
- Kesan ubat seperti antibiotik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.