
Sulit
5 tahun
Telinga bernanah selama seminggu lebih
Salam dr, saya wanita umur 21 tahun sakit telinga berdenyut-denyut selama seminggu. Bila saya pergi kepada dr dia ckp mkn ubat antibiotiok sahaja, tpi sampai skrng skit tu x hilang, sya x boleh tidur malam. Dan boleh ker klau kita buang nanah tu dengan kaedah mencuci sedangkan telinga kita berada dalam keadaan sakit jika kamera untuk mencuci dimasukkan dalam telinga. Adakah kuman boleh merebak ke kawasan lain seperti ke otak, sbb saya terbaca satu kisah seorang tu anak dia skit telinga, kuman tu merebak ker otak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Memandangkan anda telah mendapatkan rawatan antibiotik dan tidak berkesan, pihak kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, ENT kerana mereka lebih arif dengan kesihatan telinga.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.