
Sulit
5 tahun
Telinga gatal dan cairan lebih
Suami saya berusia 30 an mengalami masalah dalam telinga dan sering gatal telinga. Dan apabila dia guna putik kapas cairan dalam telinga dia x normal untuk orang biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Adalah kurang jelas disini apakah yang dimaksudkan dengan cairan telinga yang luar biasa. Anda perlu sifatkan cairan tersebut seperti:
- warna cairan
- sifat cairan
- bau cairan tesebut
- darah
- dan sebagainya
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.