
Sulit
4 tahun
Telinga Kanan kurang dengar akibat Ketukan Hammer kuat pada dinding tandas
Saya lelaki berumur 27 tahun,semalam Saya Ada Cuba ketuk dinding marmal tandas kuat satu kali,terus bunyi kuat itu menusuk ke telinga kanan.
Ia jadi tidak selesa belah Kanan Dan rasa berat pada telinga sebelah Kanan.
Rasanya mcm gegendang dari dalam bengkak akibat bunyi yg kuat…tetapi Tak dengar berdesing dlm telinga…cuma bill bercakap seolah2 lebih kepada telinga Kiri jelas normal…
Bill bercakap test hello seakan Kiri saja dngr jelas Dan Kanan mcm mendalam…
Dokto,kes Saya ini telinga akan dengar semula Tak atau bengkak gegendang akan surut Dan baik dengan sendirinya?
Saya rasa rimas bila berjalan rasa seperti berat sebelah Kanan telinga.
Selepas cakap hello Ada dngar bnyi auto suara air liur telan lpas cakap…

4 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat 3 jenis masalah kurang pendengaran:
- Masalah pendengaran konduktif – masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
- Masalah pendengaran sensori neural – masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
- Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural
Gejala-gejala berkaitan :
-Tinnitus atau bunyi berdesing
-Telinga berair dan bernanah
-Sakit telinga
-Pendarahan dari telinga
-Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
-Sakit kepala
Bagi kes anda, ia berkemungkinan dari terdedah kepada bunyi kuat pada satu tempoh
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih