nabilahzatasha
3 tahun
Telinga kanan tak boleh dengar langsung
hi saya bella , 15 tahun…telinga kanan saya tak boleh dengar langsung dh masuk 3 hari…last thing yg sy buat ialah korek telinga…all of sudden , telinga saya tak boleh dengar langsung…then dia rasa mcm sakit sikit especially bila saya sendawa , dlm telinga tu ada rasa mcm something nk meletup , tapi tak boleh…so apa punca dia and cara atasi ? thank you dr!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan pendengaran di satu sisi telinga secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga
- Trauma kepala
- Penyakit autoimun
- Akibat ubat-ubatan
- Masalah saluran darah
- Masalah saraf
Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah satu situasi kecemasan. Sebaiknya anda segera mendapatkan pemeriksaan dan merujuk doktor kerana dikhuatiri sekiranya tidak diatasi dengan segera ia dapat berlanjutan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.