Sulit
2 tahun
Telinga kanan tak dengar
Sy berumur 25 tahun , sudah berkahwin . Telinga kanan sy hanya dapat dengar sikit je . Malam tadi sy nak tidur tiba2 dngar bunyi bising mcm microfon tu. Nyaring je bunyi dia … sy tanya suami ada dngar tak dia kata takde . Lepas tu hari ni sy bngun sy rasa badan sy tak seimbang , telinga sy tak dngar sngat … stil bunyi tu pun ada . Sy dah jadi pekak ke doc ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan pendengaran di satu sisi telinga secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga
- Trauma kepala
- Penyakit autoimun
- Akibat ubat-ubatan
- Masalah saluran darah
- Masalah saraf
Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah satu situasi kecemasan. Sebaiknya anda segera mendapatkan pemeriksaan dan merujuk doktor kerana dikhuatiri sekiranya tidak diatasi dengan segera ia dapat berlanjutan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.