
Sulit
5 tahun
Telinga kiri anak Ada kulat
Anak saya autism didapati Ada kulat di telinga kirinya rawatan kulat telah pun dibuat oleh doktor.tetaapi kulat tpi kulat tersebut masih ada.apakah rawatan yg sesuai utk anak saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah terhad.
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan rawatan telah pun diberi, saya sarankan anda habiskan ubatan yang diberi. Berkemungkinan ubat ini mengambil masa untuk berkesan.
Selain itu, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.