
Sulit
4 tahun
Telinga kiri saya berdesing
Telinga saya berdesing sejak bangun tidur semalam, saya ada pakai earphone kalau waktu malam tpi malam semalam saya tak pakai earphone, kemudin telinga saya masih berdesing sampai sekarang

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala telinga berdesing yang anda hadapi. Masalah ini boleh disebabkan masalah kesihatan serius atau sebaliknya. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah tersebut. Sebagai contoh, telinga berdesing yang mempunyai kaitan dengan kurang pendengaran, pening merujuk kepada masalah ketumbuhan di otak. Maka, maklumat lanjut diperlukan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Seperti yang saya nyatakan diatas, Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.