
Sulit
4 tahun
Telinga masuk air dah tiga hari
hi dr. telinga kanan saya dah tiga hari masuk air tak keluar. saya dah cuba banyak cara untuk keluarkan

5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Anda tentunya tidak merasa selesa apabila telinga dimasuki air. Selalunya ia akan menyebabkan telinga anda merasa geli dan gatal serta pendengaran anda menjadi terbatas. Kebiasaanya, air tersebut akan kering atau keluar dari telinga. Masalah ini tidak memerlukan sebarang ubat melainkan apabila air tersebut kekal di dalam telinga dan menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda mendapat simptom jangkitan seperti bengkak telinga, demam atau telinga bernanah dan berbau, dapatkan rawatan segera.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.