
eydacubbie
5 tahun
Telinga Nanah sudah sebulan
Saya wanita berumur 24 tahun…dan saya mengalami telinga bernanah sudah dekat sebulan… mula mula terjadi di sebelah kiri telinga saya… muka dia sebelah kiri telinga menjadi bengkak dan nanah tu akan keluar tidak berhenti… dan sekarang ini belah kiri saya dah lega sikit sudah tidak sakit tetapi belah kanan saya menjadi nanah pula dan muka sebelah kanan pun turut serta bengkak… dan sekarang ni saya mengalami demam panas effect dari sakit telinga itu…saya nak makan dan bercakap pun susah sebab urat tengkuk sampai ke telinga menjadi bengkak dan saya tidak boleh buka mulut seluasnya… hospital dan klinik saya dah pergi tapi still macam ni… macam mana saya nak selesaikannya doktor?? boleh bagi pencerahan tak dekat saya… terima kasih doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah pada telinga, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit telinga antaranya:
Jangkitan dalam telinga
Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
Kista
Abses atau nanah
Masalah saraf
Ketumbuhan pada bagaian saraf atau di dalam telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan telinga dan ujian lain juga adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.