syamsul.9717
4 tahun
Telinga rasa tak selesa seperti air masuk dlm telinga
Sy kena selsema teruk,2,3 hari ni telinga saya rasa seperti telinga masuk air ,pd hari pertama keluar lelehan air dr telinga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala pada telinga anda, antaranya:
- Ketika selsema, telinga anda sememangnya akan berasa kurang selesa kerana kedua dua organ ini saling berkaitan
- Telinga anda dimasuki air
- Jangkitan di dalam telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.