nuharosa
4 tahun
Telinga rasa tersumbat dan sakit
Dr, saya mengalami telinga tersumbat sudah lebih seminggu. Seminggu yang lalu, saya mengalami ear infection, merah di dalam telinga dan bengkak serta sakit di bawah telinga sehingga leher sebelah kiri. Kini bengkak tersebut sudah hilang. Namun telinga saya pula rasa tersumbat. Saya sudah ke hospital dan mendapat rawatan prosedur ear toilet. Menurut staf di hospital, dalam telinga saya masih sedikit bengkak. Namun setelah beberapa hari, sehingga kini telinga saya masih rasa tersumbat dan kadang-kadang terasa sakit. Apa nasihat Dr dan yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Memandangkan anda telah berjumpa doktor dan telah mendapati bahawa telinga anda masih bengkak walaupun sedikit, hal ini boleh menyebabkan telinga anda seperti tersumbat. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya berlaku sementara dan akan mengambil masa untuk sembuh.
Namun, jika masalah ini berterusan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagi sakit telinga tersebut, jika anda tidak selesa dan mampu untuk bertahan, anda boleh mengambil ubat tahan sakit buat sementara waktu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.