
Sulit
5 tahun
Telinga sakit bahagian luar
Sy nak tnye telinga sakit bahagian luar… Ape yg perlu sy buat ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Sakit pada bahagian luar telinga mungkin disebabkan perkara berikut:
- tekanan pada telinga kerana tidur dengan menindih telinga
- trauma kerana terlanggar atau dipulas
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih