
Sulit
5 tahun
Telinga Sakit bila dipegang
Kenapa telinga rasa Sakit bila di pegang dan Seakan beratur selepas mengorek telinga banyak kali? Apakah yang boleh saya lakukan utk hilangkan Sakit telinga

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan:
- Gegendang telinga pecah - akibat penggunaan kerap mengorek telinga
- Jangkitan dalaman telinga (“otitis media”)
- Jangkitan luar telinga (“otitis externa”)
- Kecederaan struktur telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.