
Anonymous
5 tahun
Telinga Sakit dan tersumbat
Saya berumur 26, saya selalu ad masalah taik telinga tersumbat. Taik telinga itu tak keras, tapi lembik . Bagaimana nak atasinya?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara punca yang menyebabkan telinga sakit dan tersumbat adalah seperti:
- Masalah Eustachian tube
- Allergic rhinitis
- Tahi telinga mengeras
- Jangkitan kuman dalam telinga
Untuk mengatasi masalah telinga tersumbat dan sakit, anda boleh cuba dengan wap air panas. Pertamanya, isikan sebuah bekas dengan air panas. Anda dikehendaki menghirup wap dari bekas tersebut sambil menutup kepala dengan tuala supaya wap tersebut tidak terlepas ke luar. Ini akan membantu melegakan masalah telinga tersumbat dengan mencairkan segala lendiran yang terperangkap dalam tiub Eustachian. Kesemua lendir tersebut akan cair.
Sekiranya masalah tersebut masih berterusan, anda disarankan untuk dapatkan konsultasi dan pemeriksaan yang teliti untuk mengetahui punca yang sebenarnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.