Sulit
3 tahun
Telinga sakit gatal dan berkerak bahagian dlm
Slmt ptg sy nk bertanya telinga sy pd awlnya gatal then lama2 ia jd kuping dlm lubang telinga jika cuaca panas akan berair seperti luka dn amat pedih apa punca nya yee?? Adakah serius
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/ gejala pada telinga yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah boleh berpunca oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Memandangkan adanya risiko jangkitan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang segera. Sebelum rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan khusus adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.