
Sulit
5 tahun
Telinga sakit selepas letak ubat titis telinga
salam Dr, saya wanita berumur 21 tahun mengalami sakit telinga sebelah kanan. sebelum ini telinga sebelah kiri rasa macam nak tersumbat membuatkan saya rasa tidak selesa. saya letak ubat titis telinga sedikit ke dalam telinga belah kiri. ubat titis dari tahun lalu punya dan tengok tarikh dekat botol belum expired. lepas masukkan ubat, telinga belah kanan tiba-tiba rasa sakit dan ada keluar sedikit air tapi tidak berbau. sakit telinga belah kanan ni terasa sampai ke leher dan tekak. Sudah pegi klinik jumpa Doktor dan sudah cek telinga pagi ni. Doktor kata telinga tiada masalah cuma ada tahi telinga yang cair,penuh dan hanya dekat luar sedikit dari gegendang telinga. tapi telinga masih sakit sampai ke malam membuatkan saya risau. pertanyaan saya kenapa boleh jadi macam ni dan apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Trauma akibat mengorek telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Benda asing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Oleh kerana anda telah melawat doktor, anda mungkin telah diberi cecair titir untuk tahi telinga anda. Anda teruskan sahaja rawatan ini buat masa sekarang. Sekiranya simptom lain seperti telinga bernanah atau demam timbul, anda harus ke doktor dengan segera.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih