
nurulshuadaaa
4 tahun
Telinga saya berdengung dan sakit di sebelah kiri selepas mencuci mya
Saya mengalami telinga berdengung , hal ini berlaku setelah saya mencuci telinga dan saya memasukkan alat pengorek terlalu dalam dan menyebabkan kesakitan , selepas beberapa hari telinga sy mnjadi berair dn berkuping . Selepas sy mencuci nya lagi telinga saya dgn tiba ii teriasa sakit dan berdengung , ketika saya mencuci dgn pencucu kapas seperti telinga sy mempunyai bengkak di bahagian dalam , terasa sakit dan berdengung tidak henti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk makluman anda, sakit di telinga biasanya disebabkan oleh perkara perkara berikut:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Sakit telinga yang anda alami mungkin serius sekiranya gejala berikut terjadi:
- Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
- Keluar nanah
- Telinga bengkak dan kemerahan
- Kurang daya pendengaran
- Sakit yang mengganggu aktiviti harian
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya terdapat gejala gejala diatas, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.