fatinizzati876
4 tahun
Telinga saya bergema
Saya perempuan 22 tahun, telinga sebelah kiri saya bergema, apabila orang sekeliling saya bercakap, saya seolah2 mendengar dua suara mereka mengulang perkataan… Kemudian apabila saya check ke pusat kesihatan University… Tak ade masalah dlm telinga saya, dr bagi ubat betaserc 16mg,tapi bila ubat habis saya makan, telinga saya kembali bergema, saya perasaan juga kepala saya terhuyung hayang kebelakangan ni, apabila saya baring, saya merasakan seperti sedang berpusing2… Saya harap dr dapat bagi tahu saya apa yg tak kena dgn saya.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga bergema serta sensasi seperti terhuyung-hayang yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit Meniere - disebabkan anda responsif terhadap ubat Betaserc yang diberikan, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut dan rawatan susulan
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Vertigo posisi
- Kekurangan nutrisi seperti thiamine
- Kesan ubat seperti antibiotik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.