
mfaez85
6 tahun
Telinga seakan bunyi bergema
Saya berumur 22 tahun mengalami masalah telinga kanan bunyi seakan bergema apabila saya mendengar sesuatu seperti mendengar lagu, bercakap dgn rakan, dan lain². Boleh saya tahu masalah yang saya hadapi?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
1)Terdedah bunyi terlalu kuat
2) Gegendang telinga ditebuk
3) Menggunakan fon kepala pada tempoh lama
4) Masalah degenerasi (sel-sel di dalam telinga mati)
Gejala lain yang perlu anda beri perhatian adalah:
- Telinga seakan tersumbat
- Pendengaran kurang jelas
- Rasa ada letupan dalam telinga (ketika menelan atau menguap)
- Sakit pada kedua belah telinga
- Bunyi berdengung pada telinga (dikenali sebagai tinnitus)
- Kadang-kala sukar mengimbangkan badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.