
norlykort94
4 tahun
Telinga sebelah kanan berdesing
saya wanita umur 25 thun, akhir2 ini telinga sebelah kanan kerap berdesing sehingga tahap saya pengsan. tp bile saya sedar dan bertanya pada husband saya keadaan ketika sya pengsan macam SAWAN. saya telah pergi hospital dan telah buat CT Scan dan result tak ada apa2. boleh saya tahu ade mengalami masalah apa … sebab saya buntu dengan penyakit saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- epilepsi
- ketumbuhan pada telinga (acoustic neuroma)
- jangkitan kuman pada lapisan meninges (meningitis)
- kurang kandungan gula
- elektrolit pada darah yang tidak seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.