jeehoney
3 tahun
Telinga sebelah kiri ada bunyi selang beberapa minit
Saya wanita berumur 45 thn. Masalah telinga kiri saya ada bunyi seperti seakan-akan batu-batu kecil/manik sedang berlaga. Bunyi itu datang selang beberapa minit dan tempoh bunyi 30-40 saat…tidak sakit dan bunyi pun agak perlahan. Saya mengalaminya sejak pagi semalam. Jenis tahi telinga saya kering dan ada korek telinga menggunakan korek telinga besi pada hari Ahad lalu…mmg biasa korek dgn cara itu tp amat jarang untuk lakukannya. Boleh doktor nasihatkan saya apakah patut saya lakukan untuk hilangkan bunyi tersebut dan ia agak merisaukan saya juga sbb tidak pernah mengalaminya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.