
dronedgi
4 tahun
Telinga sebelah kiri kurang pendengaran
saya lelaki umur 37 tahun…telinga sy sebelah kiri kurang jelas apabila sesorang membisik ke telinga sebelah kiri atau menggunalan telefon mendengar menggunakan telinga sebelah Kiri…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat 3 jenis masalah kurang pendengaran:
- Masalah pendengaran konduktif – masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
2)Masalah pendengaran sensori neural – masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
3)Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural
Gejala-gejala berkaitan :
-Tinnitus atau bunyi berdesing
-Telinga berair dan bernanah
-Sakit telinga
-Pendarahan dari telinga
-Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
-Sakit kepala
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih