
Anonymous
5 tahun
Telinga sebelah kiri tidak berfungsi
Telinga sebelah kiri saya tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat semenjak 2 hari yg lalu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Telinga tersumbat merupakan suatu fenomena yang mana struktur dalam telinga tersumbat lalu mengakibatkan pendengaran kita terjejas.
Terdapat banyak sebab berlakunya masalah ini.
- Masalah Eustachian tube: Hal ini kerana tiub Eustachian yang tersumbat akan menyebabkan kesakitan dalam telinga. Tiub Eustachian merupakan tiub yang menghubungkan hidung dan telinga.
- Allergic Rhinits: penyebab lain telinga tersumbat adalah masalah alergi rhinitis atau lebih dikenali sebagai selesema.
- Tahi telinga mengeras: Masalah lain yang menyebabkan telinga tersumbat adalah taik telinga yang mengeras. Hal ini sememangnya selalu dialami oleh ramai orang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.