
noey960928
5 tahun
Telinga terasa sakit dan gatal
saya mengalami kegatalan didalam telinga dalam beberapa hari dan tak selesa. selepas itu, telinga saya terasa berdenyut dan sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga sakit dan gatal boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Jangkitan luar telinga (otitis externa)
- Kayap di telinga
- Gigitan serangga/parasit tilam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.