Sulit
3 tahun
Telinga terasa sakit disebelah kanan telinga
Hi,kemarin 31/12/20 pasangan sya mengadu kepada sya menyatakan telinga dia sakit sebelah kanan rasa macam ada sesuatu yang mencucuk-cucuk, sebelum ini juga pernah terjadi tapi rasa sakit sekejap saja. Dan hari ini 1/1/21 telinga dia menjadi tak dengar sementara. lepas 30 minit,dia boleh dengar kembali. Sebab apa boleh jadi macam itu?? Ada cara untuk mengubati?? Doctor boleh recommend ubat yang dijual di farmasi kalau ada.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Saya juga tidak boleh memberi apa apa rekomendasi ubatan kerana punca sebenar perlu diketahui.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman di telinga
- trauma lubang telinga
- inflamasi lubang telinga
- foreign body atau cerumen obstruction
- dan lain-lain
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.